Friday, September 17, 2010

Visi dan Misi Panitia Moral


VISI PANITIA MORAL :
CEMERLANG MATA PELAJARAN MORAL DALAM SPM

MISI PANITIA MORAL :
MELAHIRKAN PELAJAR YANG CEMERLANG DALAM SAHSIAH DAN  
AKADEMIK

pertandingan melukis berdasarkan nilai murni

Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka
Aktiviti Pertandingan Melukis Sempena Bulan Kemanusiaan Dan Kemerdekaan



Kepada : Semua pelajar Tingkatan 1 - 6                                                                       27.07.2010



  Sempena Bulan Kemanusiaan Dan Kemerdekaan pada bulan Ogos, satu aktiviti pertandingan melukis berlandaskan nilai-nilai murni akan dijalankan di sekolah. Semua pelajar digalakkan menyertai pertandingan ini dan hadiah-hadiah lumayan disediakan untuk pemenang-pemenang. Pelajar-pelajar yang berminat sila menghubungi Pn Tan Hui Kee selewat-lewatnya pada 4 Ogos 2010 ( Rabu) jam 2.40 petang.

Pelajar-pelajar diminta membawa alat-alatan melukis sendiri. Kertas lukisan akan disediakan oleh pihak sekolah. Pelajar dikehendaki menghantar SATU lukisan sahaja.
   
Butir-butir pertandingan adalah seperti berikut :




    Tarikh Pertandingan   : 5 Ogos 2010 ( Khamis )
    Masa Pertandingan     : 3.15 petang
    Tempat                        : Kantin Sekolah
    Sasaran                       : Semua pelajar Tingkatan 1-6
    Guru                            : Pn Tan Hui Kee




Tajuk-tajuk pertandingan :

1. Ibu bapa menunjukkan kasih sayang mereka terhadap seorang anak dalam keluarga mereka.
2. Jiran-jiran pelbagai kaum riang gembira menyambut sesuatu perayaan.
3. Beberapa orang awam sedang membantu seorang orang kurang upaya.
4. Beberapa orang awam bekerjasama membersihkan pantai yang tercemar.
5. Beberapa orang atlit dengan bangganya mengibarkan Jalur Gemilang dan menunjukkan pingat-pingat emas.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila menghubungi Puan Tan Hui Kee.

Sekian, terima kasih.





Soalan Riang Ria Pendidikan Moral Cuti Sekolah 2010

Pendidikan Moral MHS Tingkatan 5 http://www.smktinggimelaka.net/