Sunday, June 24, 2012

Thursday, May 31, 2012

Laporan Kumpulan Cemerlang Kajian Tindakan (KCKT) Pendidikan Moral


SMK Tinggi Melaka
 (Estd : 1826)
                                           
Kumpulan Cemerlang Kajian Tindakan (KCKT 2012)

Tajuk Kajian :
Penggabungjalinan Unsur Muzik Dan Seni Dalam Pengajaran & Pembelajaran          Pendidikan Moral


Ahli Kumpulan :
1. Pn Tan Hui Kee (Ketua Kumpulan)
2. Pn Habibah Binti Husin (Penolong Ketua Kumpulan)
3. Pn Hasliana Binti Musa
4. Pn Zarina Binti Othman
5. En Barnitus Loo Yu Meng
6. Pn Chin Wei Ling
7. Pn Ng Lee Fong

===========================================================


1.      Abstrak :

ABSTRAK
Kecerdasan pelbagai merangkumi kecerdasan verbal-linguistik, logik - matematik, muzik, kinestetik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis yang merupakan salah satu kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru perlu mengembangkan potensi  kecerdasan murid dengan menyediakan pedagogi pembelajaran yang sesuai  dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza. Oleh sebab itu, penggabungjalinan unsur muzik, seni visual, dan sivik dalam Pendidikan Moral  boleh  meningkatkan kemahiran dan kefahaman murid bagi isi pelajaran Pendidikan Moral pada hari berkenaan. Kajian ini dilakukan terhadap tiga belas orang pelajar  dari tingkatan dua Gamma dan Beta  di Sekolah Menengah Tinggi Melaka. Sebelum kajian tindakan ini dilaksanakan tinjauan telah dibuat menggunakan pemerhatian dan soal selidik kepada kumpulan sasaran. Sehubungan dengan itu, kumpulan kami telah menyediakan satu siri kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada penggunaan unsur muzik dan seni visual yang bertujuan meningkatkan kemahiran bernilai tambah murid yang sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Satu set rancangan pengajaran dan pembelajran telah disediakan untuk menjayakan kajian tindakan ini. Pemahaman pelajar pula diuji melalui ujian formatif. Hasil pelaksanaan kemahiran kecerdasan pelbagai dapat meningkatkan kefahaman pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan murid kumpulan sasaran kajian.Satu set rancangan pengajaran telah disediakan. Semoga pedagogi Kumpulan Cermelang Kajian Tindakan (KCKT) kami dapat membantu pedagogi lebih berfokus, berminat dan mencapai prestasi yang cermelang dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral.
 
1.      Tajuk dan Objektif KCKT

Tajuk :
Penggabungjalinan unsur muzik dan seni dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral

Objektif :
                                i.            Meningkatkan minat pelajar dalam p&p
                              ii.            Meningkatkan p&p lebih menarik melalui kecerdasan pelbagai (muzik dan seni)
                  iii.      Mengamalkan nilai kasih sayang sesama manusia dalam kehidupan seharian untuk mengekalkan keamanan.

2.      Sasaran
Pelajar-pelajar pendidikan moral kelas 2 Beta dan 2 Gamma ( 13 orang pelajar )

3.      Rancangan Persediaan Mengajar

E-Rekod Peracangan Pelajaran Harian Pendidikan Moral

Guru Moral           :         NG LEE FONG        
Tarikh                   :         26 Mac 2012  (Isnin)
Kelas                    :         2 Beta
Sasaran                :          Pelajar 2 Beta /2 Gamma
Masa                    :          9.00 a.m. – 10.20 a.m. (2 waktu)
Tajuk                    :          Nilai 1.9 Kasih Sayang
Sub-Tajuk            :          Unit 9 Kasih Sayang Membawa Kebahagiaan

Objektif / Hasil Pembelajaran    :  Pada akhir pelajaran ini, pelajar dapat :
                                                      
1.         menyayangi dan menghargai nyawa manusia.
2.         mengenal pasti kesan peperangan terhadap nyawa manusia dan kehidupan.
3.         membincangkan cara menyayangi nyawa manusia.

Alat Bantu Mengajar : pensel warna, gam, gunting, kertas berwarna, komputer, lirik lagu bercetak, kamera                                                                                                          

Aktiviti P&P  
Set induksi   :
 I. Pelajar diperdengarkan lagu “You’ve got a friend - James Taylor” melalui pembesar suara komputer dan setiap orang pelajar diberi lirik lagu yang bercetak.
II.  Pelajar diminta menyanyi bahagian “chorus” bersama-sama guru mengikut muzik dan lirik lagu.
III. Pelajar diminta bergerak dan berjabat tangan antara satu sama lain sebagai tanda menghormati rakan dan menghargai hubungan persahabatan mereka.
IV. Pelajar diminta mencari perkataan-perkataan dalam lirik lagu yang menunjukkan semangat setiakawan, hormat-menghormati dan kejujuran dalam persahabatan.

Perkembangan Isi   :
I. Guru meminta pelajar merujuk kepada gambar dalam Unit 9 buku teks dan meminta pelajar memberi respons tentang kesan peperangan terhadap harta benda dan nyawa manusia.
II. Pelajar menjawab beberapa soalan Fikir Jawab Unit 9 yang dikemukakan oleh   guru secara lisan.
III. Pelajar menjawab lima soalan formatif dalam buku latihan untuk mengukuhkan kepentingan nilai kasih sayang terhadap manusia dan kehidupan.
IV. Pelajar menjalankan satu projek dalam kelas : menghasilkan satu jantung origami simbolik kasih sayang sesama insan sejagat.
V. Guru mendemonstrasikan langkah-langkah melipat origami bentuk jantung dan pelajar mengikut langkah-langkah tersebut.
VI. Pelajar melekatkan jantung origami pada sehelai kertas untuk menghasilkan satu   kad untuk orang yang disayangi.                                                                           
VII. Pelajar menghiaskan kad dengan lukisan kreatifnya dan meluahkan perasaan kasih sayangnya dengan menulis beberapa perkataan pada kad.
VIII. Pelajar menunjukkan hasil kerja mereka dengan perasaan  riang dan gembira.

Penutup Perancangan Pelajaran :

Guru membuat kesimpulan kognitif untuk mengukuhkan objektif pembelajaran :
Jika semua pemimpin negara mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupan seperti sayang-menyayangi , saling menghormati dan menghargai persahabatan antara satu sama lain, maka peperangan antara negara tidak akan berlaku. Kesimpulannya, kasih sayang sesama insan membawa kebahagiaan hidup kerana manusia dapat hidup aman damai dan tidak ada nyawa akan terkorban akibat peperangan.

========================================================== 

Aktiviti-aktiviti berpusatkan pelajar semasa proses P&P dijalankan :














AKTIVITI-AKTIVITI LAIN YANG DIJALANKAN DI DALAM KELAS DAN  DIANJURKAN OLEH PANITIA PENDIDIKAN MORAL

1. Guru menyediakan congkak untuk pelajar-pelajar bermain supaya pelajar dapat memahami kepentingan mengekalkan permainan tradisi sesuatu kaum agar tidak dilupakan oleh generasi akan datang.

 






2. Panitia Pendidikan Moral bergabung dengan Kelab Moral untuk mengadakan pameran keratan akhbar dan gambar-gambar berkaitan isu-isu sosial dan isu semasa dalam masyarakat kita. Isu-isu tersebut dikategorikan kepada 7 bidang pembelajaran mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Moral.









 





4. Panitia Pendidikan Moral menganjurkan pertandingan melukis poster bertemakan nilai-nilai moral pada Bulan Ilmu Kemanusiaan. Berikut merupakan hasil kerja pemenang-pemenang daripada menengah atas dan menengah rendah.






 

Thursday, July 14, 2011

Nilai mengekalkan tradisi kekeluargaan

Aktiviti amalan nilai mengekalkan tradisi kekeluargaan
1. Pelajar kaum India menghasilkan corak dengan menggunakan beras berwarna warn. Ini merupakan satu tradisi kaum India yang mesti diamalkan pada hari Deepavali.

Monday, June 27, 2011

Contoh nilai hidup bersama secara aman

Contoh aktiviti menerapkan nilai hidup bersama secara aman - menghasilkan 'kek perpaduan'(kuih bulan)

Bahan-bahan kek perpaduan :
1. nilai toleransi 70 g
2. nilai saling membantu dan bekerjasama 10 g
3. nilai hidup bersama secara aman 110 g
4. nilai cinta akan negara 25 ml





Guru membimbing pelajar-pelajar P.Moral menghasilkan 'kek perpaduan'yang memerlukan bahan utama iaitu nilai hidup bersama secara aman dan nilai-nilai sampingan yang lain. Pelajar-pelajar seronok menghasilkan 'kek perpaduan' dalam kumpulan masing-masing.Pelajar-pelajar dapat menghayati bahawa perpaduan negara memerlukan amalan dan penghayatan nilai hidup bersama secara aman, toleransi, cinta akan negara dan saling membantu dan bekerjasama dalam kalangan rakyat pelbagai kaum.

Friday, September 17, 2010

Child Abuse

Maklumat tambahan Bidang Alam Sekitar

Di bawah Perintah  Kualiti Alam Sekitar 15 aktiviti dikecualikan daripada larangan pembakaran terbuka
Pembakaran terbuka DIBENARKAN dalam kes-kes berikut:
1.   Tanaman berpenyakit
2.   Bangkai binatang, burung, dan bahan yang berjangkit
3.   Bahan api pepejal atau cecair untuk tujuan kajian dan latihan  
      kawalan kebakaran
4.   Tanaman bagi maksud pertanian pindah
5.   Batang padi sebelum penanaman semula
6.   Daun tebu dalam satu kawasan tidak melebihi 20 hektar
7.   Tanaman untuk memugar tanah oleh pekebun kecil dalam satu
       kawasan tidak melebihi dua hektar sehari.
8.   Tunggul nanas dalam satu kawasan tidak melebihi enam hektar
       sehari
9.   Apa-apa benda sebagai sebahagian daripada upacara 
       keagamaan atau aktiviti penyembahan                                                                                   
10.  Mayat
11.  Apa-apa bahan sebagai unggun api yang tidak dilakukan di  
       atas mana-mana tanah  gambut
12.  Gril, barbeku atau tungku api
13.  Tanaman pertanian dan pekebun tanaman sara diri
14.  Gas mudah terbakar yang dikendalikan secara betul oleh      
       perindustrian tertentu
15. Daun,dahan pokok dan pangkasan pokok di kampung


Cara-cara menjaga bumi kita supaya tidak tercemar

1.  Menulis menggunakan keda-dua muka surat kertas
2.  Menanam semula pokok
3. Membuat kraf tangan daripada barangan terpakai
4.  Meningkatkan penggunaan barangan yang telah dikitar semula
5.  Menderma peralatan elektrik dan komputer terpakai
6.  Menyatakan “tidak” apabila diberikan beg untuk mengisi barangan yang sedikit
Punca Pencemaran dan akibat daripada pencemaran
Punca
a.  Asap daripada kenderaan bermotor
b.  Pembakaran sampah-sarap secara terbuka
c.  Pembakaran hutan
d.  Asap dari kilang
e.  Debu dan habuk daripada kuari dan diletupkan

Akibat
a.  Menjejaskan kesihatan manusia
     -Gangguan pernafasan
     -Gangguan minda
b.  Hujan asid
     -Sulfur dioksida boleh menyebabkan pembesaran pokok  terbantut
     -Kepupusan flora dan fauna
c.  Jerebu
d.  Penipisan lapisan ozon
     -Perubahan iklim dunia
     -Memusnahkan tumbuh-tumbuham dan haiwan
     -Penyakit kanser kulit
e.  Kesan rumah hijau
     -Suhu meningkat
     -Iklim semakin panas

Sambutan Hari Alam Sekitar
-Hari Air Sedunia                                                        (22 Mac)
-Hari Bumi                                                                   (22 April)
-Hari Alam Sekitar Dunia                                           (5 Jun)
-Hari Pembersihan Sedunia Hari Antarabangsa        (16 September)
-Hari Habitat Sedunia                                                 (6 Oktober )




Konsep Ekopelancongan
Malaysia berpotensi dimajukan sebagai industri ekopelancongan
kerana:
1.  Kaya dengan sumber alam sekitar
2. Mempunyai kawasan pantai yang cantik dan asli
3.  Pulau-pulau yang indah dan dipenuhi khazanah laut
4.  Gua-gua yang unik
5.  Banyak tasik semula jadi dan buatan

Kawasan ekopelancongan yang popular di Malaysia:
1.  Taman Negara, Pahang
2.  Taman Negara Niah, Sarawak
3.  Hutan Simpan Belum, Perak
4.  Pulau Sipadan, Sabah
5.  Tasik Kenyir, Terengganu
6.  Taman Kelip-Kelip, Kuala Selangor

Masyrakat Lestari
1. Masyarakat lestari bererti masyarakat yang memenuhi keperluan mereka tanpa mengorbankan keupayaan generasi akan datang.
2. Masyrakat lestari sentiasa berusaha menjimatkan penggunaan sumber dengan merancang secara bijaksana.
3. Masyarakat lestari tidak menjalankan aktiviti pembangunan pada masa kini dengan melampau sehingga mengabaikan alam sekitar.

Enam Amalan membentuk masyarakat lestari
1.  Menggunakan semua sumber yang diperlukan sahaja dan cara berkesan
2.  Mengitar semula semua barang daripada kertas, plastik, tin dan kaca
3.  Menggunakan semula barang-barang yang boleh diguna
4.  Menggunakan sumber yang boleh diperbaharui seperti tenaga solar
5.  Memberi sokongan rancangan kerajaan untuk memulihara alam sekitar
6.  Membentuk keluarga bahagia

19 Aktiviti wajib dapat kelulusan PKAS (Penilaian Kesan
Alam Sekitar)

1. Pertanian                  2. Penjanaan dan Pengagihan Kuasa Elektrik
3. Pelabuhan                4. Landasan Kereta api
5. Perikanan                 6. Pembangunan rekreasi dan pelancongan
7. Perumahan               8. Lapangan terbang
9. Perhutanan              10. Bekalan air
11. Perlombongan       12. Pengairan dan saliran
13. Industri                   14. Penggunaan tanah
15. Infrastruktur          16. Pengangkutan
17. Kuari                      18. Petroleum 

Amalan Pembangunan Baik
1.  Sediakan laporan EIA(Environmental Impact Assessment) / PKAS(Penilaian Kesan Alam Sekitar)
2.  Tiada pembangunan di cerun lebih > 25 darjah
3.  Laporan cadangan pemajuan dan geoteknikal bagi kawasan yang boleh dibangunkan
4.  Tiada pembangunan di kawasan tadahan atau hutan simpan kekal

Undang-undang yang berkaitan dengan pembangunan di bukit / cerun
I.  Garis panduan pembangunan di kawasan bukit
II. Garis panduan mengawal hakisan tanah dan kelodak di kawasan cerun

Kesan-kesan jika undang-undang di bukit dan cerun tidak
dipatuhi
1.  akan berlaku tanah runtuh
2.  hakisan tanah
3.  kawasan tadahan air rosak
4.  bekalan air bersih berkurangan
5.  merosakkan hutan simpan kekal yang banyak sumber asal

Etika Alam Sekitar (EAS)
-   EAS memastikan dengan sendirinya tanggungjawab kita kepada pengurusan, perlindungan dan pembangunan alam di sekeliling kita
-   Asas-asas dalam EAS
I.  sumber bumi terhad akan kehabisan jika digunakan dengan boros
II. Bumi mempunyai kapasiti yang terhad untuk menerima sampah sarap atau sisa daripada pencemaran yang kita lakukan.
III.Manusia sebahagian daripada alam sekitar dan tidak boleh lari daripada undang-undang semula jadi yang mengawal alam ini
IV.Kunci kejayaan kita mengurus alam sekitar adalah dengan  
     mengambil tindakan yang bijak dan terancang

Green Lungs (Peparu Hijau)
-   hutan sering dianggap sebagai “green lungs” atau “peparu hijau” masyarakat
-   flora di hutan menyerap karbon dioksida untuk tujuan fotosintesis dan membebaskan oksigen
-   jika hutan ditebang, maka kandungan karbon dioksida akan bertambah dan oksigen dalam udara akan berkurangan
-   hutan penting kerana membekalkan kayu kayan menjadi bahan pembinaan
-   binatang dan tumbuhan di hutan boleh dijadikan sumber makanan
-   hutan membekalkan ubat-ubatan
-   jabatan perhutanan memastikan sumber hutan kita tidak musnah
-   jabatan perhutanan mewajibkan kontraktor pembalakan mengupah pekerja mahir menjalankan aktiviti pembalakan
Bidang 4 :Alam Sekitar
Peraturan Kualiti Alam Sekitar

1. Minyak Kelapa Sawit (1977)
2. Kenderaan Bermotor
     (Kawalan Pelepasan Asap) (1977)
3. Udara Bersih (1978 )
4. Kumbahan dan Efluen-efluen Perindustrian (1979)
5. Buangan Terjadual (1985)
6. Kawalan Kepekatan Plumbum dalam Gasolin Motor (1985)
7. Pembakaran Terbuka (2000)

Bidang 5 : Hak Asasi Manusia

1.Akta Kanak-Kanak 2001
2.Akta Buruh
3. Dasar Wanita Negara
4. Mahkamah Buruh
5. Akta Kesatuan Sekerja 1959
6. Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 ( PERKESO )
7. Akta Pembangunan Sumber Manusia 1992
8. Kongres kesatuan sekerja Malaysia ( MTUC )
9. Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam perkhidmatan Awam dan Jabatan Kerajaan ( CUEPACS )
10.Pertubuhan Buruh Malaysia ( MLO )
11. International Labour Organisation ( ILO )
12. Akta bagi Orang kurang Upaya 2002
13. Akta Pengguna
14. Akta Perihal Dagangan 1972

Peranan pelbagai pihak dalam melindungi kanak-kanak:-

i.  kerajaan (Akta Perlindungan Kanak-Kanak)
ii. Rumah-Rumah Perlindungan
iii.Peranan badan Bukan Kerajaan
iv.Peranan Individu
Institusi Menjamin Kebajikan Wanita

i.  Urusetia Hal Ehwal Wanita (HAWA) -  Kerajaan
ii. Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita  (NCWO)- Bukan Kerajaan
iii. Amanah Ikhtiar Malaysia ( AIM ) – Buakan Kerajaan

Peranan pelbagai pihak meningkatkan mutu perkhidmatan pekerja:-

i.  Kementerian Sumber Manusia
 ii. Kesatuan Sekerja
iii. Pertubuhan Buruh Antarabangsa

Peranan agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam melindungi hak pengguna :-

1. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan hal Ehwal Pengguna (Akta Pengguna)
2. Persatuan Pengguna
-Persatuan Pengguna Pinang ( Consumer Association Penang-CAP)
-Persatuan Pengguna Melaka
3. Agensi-Agensi Antarabangsa
4.Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
5.Pertubuhan Pengguna Antarabangsa(Consumers International–CI)

Bidang 6 : Demokrasi

1. Akta Keselamatan dalam Negara ( Internal Security Act –ISA)
2.Akta Dadah Berbahaya
3.Akta Juvana
4.Akta Cukai Pendapatan
5.Akta Pencegahan Penyeludupan
6.Undang-Undang Laut Antarabangsa
7.Undang-Undang Siber
i.     Akta Tandatangan Digital 1997
ii.    Akta Jenayah Komputer  1997
iii.   AktaTeleperubatan  1997
iv.   Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
v.     Akta Suruhanjaya komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998



Mahkamah Antarabangsa

Perkara-perkara yang diputuskan dalam mahkamah antarabangsa:-

1. Perdagangan antarabangsa – menangani pertikaian Pertubuhan
    Perdagangan Sedunia ( World Trade Organisation –WTO )
2. Perkara-perkara sempadan – menyelesaikan konflik tentang
undang-undang negara dan antarabangsa berhubung dengan isu-
isu perundangan
3. Laut dan perairan – menyelesaikan konflik berkenaan dengan
    pencerobohan lautan antarabangsa
4. Kemanusiaan – menyelesaikan konflik tentang perkara-perkara
    seperti orang pelarian, Palang Merah Antarabangsa
5. Luar angkasa – menyelesaikan konflik berkaitan dengan salah
    laku penggunaan ruang angkasa



Cuti-cuti umum yang berkaitan dengan keagamaan

Hari Raya Qurban                              Tahun Baru Cina
Awal Muharram                                 Hari Wesak
Maulidur Rasul                                   Hari Deepavali       
Hari Raya Puasa                                 Hari Krismas


(Sumber : Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan 1,2,3,4 &5 Dewan Bahasa dan Pustaka /Kementerian Pelajaran Malaysia )


1.Cikgu memberi arahan pelajar menguntingkan kertas dan menerangkan langkah-langkah melipatkannya. 


Guru meminta pelajar-pelajar menunjukkan lipatan kertas mereka.


Guru sebagai fasilitator membimbing dan membantu pelajar-pelajar jika perlu.