Sunday, June 24, 2012

Thursday, May 31, 2012

Laporan Kumpulan Cemerlang Kajian Tindakan (KCKT) Pendidikan Moral


SMK Tinggi Melaka
 (Estd : 1826)
                                           
Kumpulan Cemerlang Kajian Tindakan (KCKT 2012)

Tajuk Kajian :
Penggabungjalinan Unsur Muzik Dan Seni Dalam Pengajaran & Pembelajaran          Pendidikan Moral


Ahli Kumpulan :
1. Pn Tan Hui Kee (Ketua Kumpulan)
2. Pn Habibah Binti Husin (Penolong Ketua Kumpulan)
3. Pn Hasliana Binti Musa
4. Pn Zarina Binti Othman
5. En Barnitus Loo Yu Meng
6. Pn Chin Wei Ling
7. Pn Ng Lee Fong

===========================================================


1.      Abstrak :

ABSTRAK
Kecerdasan pelbagai merangkumi kecerdasan verbal-linguistik, logik - matematik, muzik, kinestetik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis yang merupakan salah satu kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru perlu mengembangkan potensi  kecerdasan murid dengan menyediakan pedagogi pembelajaran yang sesuai  dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza. Oleh sebab itu, penggabungjalinan unsur muzik, seni visual, dan sivik dalam Pendidikan Moral  boleh  meningkatkan kemahiran dan kefahaman murid bagi isi pelajaran Pendidikan Moral pada hari berkenaan. Kajian ini dilakukan terhadap tiga belas orang pelajar  dari tingkatan dua Gamma dan Beta  di Sekolah Menengah Tinggi Melaka. Sebelum kajian tindakan ini dilaksanakan tinjauan telah dibuat menggunakan pemerhatian dan soal selidik kepada kumpulan sasaran. Sehubungan dengan itu, kumpulan kami telah menyediakan satu siri kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada penggunaan unsur muzik dan seni visual yang bertujuan meningkatkan kemahiran bernilai tambah murid yang sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Satu set rancangan pengajaran dan pembelajran telah disediakan untuk menjayakan kajian tindakan ini. Pemahaman pelajar pula diuji melalui ujian formatif. Hasil pelaksanaan kemahiran kecerdasan pelbagai dapat meningkatkan kefahaman pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan murid kumpulan sasaran kajian.Satu set rancangan pengajaran telah disediakan. Semoga pedagogi Kumpulan Cermelang Kajian Tindakan (KCKT) kami dapat membantu pedagogi lebih berfokus, berminat dan mencapai prestasi yang cermelang dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral.
 
1.      Tajuk dan Objektif KCKT

Tajuk :
Penggabungjalinan unsur muzik dan seni dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral

Objektif :
                                i.            Meningkatkan minat pelajar dalam p&p
                              ii.            Meningkatkan p&p lebih menarik melalui kecerdasan pelbagai (muzik dan seni)
                  iii.      Mengamalkan nilai kasih sayang sesama manusia dalam kehidupan seharian untuk mengekalkan keamanan.

2.      Sasaran
Pelajar-pelajar pendidikan moral kelas 2 Beta dan 2 Gamma ( 13 orang pelajar )

3.      Rancangan Persediaan Mengajar

E-Rekod Peracangan Pelajaran Harian Pendidikan Moral

Guru Moral           :         NG LEE FONG        
Tarikh                   :         26 Mac 2012  (Isnin)
Kelas                    :         2 Beta
Sasaran                :          Pelajar 2 Beta /2 Gamma
Masa                    :          9.00 a.m. – 10.20 a.m. (2 waktu)
Tajuk                    :          Nilai 1.9 Kasih Sayang
Sub-Tajuk            :          Unit 9 Kasih Sayang Membawa Kebahagiaan

Objektif / Hasil Pembelajaran    :  Pada akhir pelajaran ini, pelajar dapat :
                                                      
1.         menyayangi dan menghargai nyawa manusia.
2.         mengenal pasti kesan peperangan terhadap nyawa manusia dan kehidupan.
3.         membincangkan cara menyayangi nyawa manusia.

Alat Bantu Mengajar : pensel warna, gam, gunting, kertas berwarna, komputer, lirik lagu bercetak, kamera                                                                                                          

Aktiviti P&P  
Set induksi   :
 I. Pelajar diperdengarkan lagu “You’ve got a friend - James Taylor” melalui pembesar suara komputer dan setiap orang pelajar diberi lirik lagu yang bercetak.
II.  Pelajar diminta menyanyi bahagian “chorus” bersama-sama guru mengikut muzik dan lirik lagu.
III. Pelajar diminta bergerak dan berjabat tangan antara satu sama lain sebagai tanda menghormati rakan dan menghargai hubungan persahabatan mereka.
IV. Pelajar diminta mencari perkataan-perkataan dalam lirik lagu yang menunjukkan semangat setiakawan, hormat-menghormati dan kejujuran dalam persahabatan.

Perkembangan Isi   :
I. Guru meminta pelajar merujuk kepada gambar dalam Unit 9 buku teks dan meminta pelajar memberi respons tentang kesan peperangan terhadap harta benda dan nyawa manusia.
II. Pelajar menjawab beberapa soalan Fikir Jawab Unit 9 yang dikemukakan oleh   guru secara lisan.
III. Pelajar menjawab lima soalan formatif dalam buku latihan untuk mengukuhkan kepentingan nilai kasih sayang terhadap manusia dan kehidupan.
IV. Pelajar menjalankan satu projek dalam kelas : menghasilkan satu jantung origami simbolik kasih sayang sesama insan sejagat.
V. Guru mendemonstrasikan langkah-langkah melipat origami bentuk jantung dan pelajar mengikut langkah-langkah tersebut.
VI. Pelajar melekatkan jantung origami pada sehelai kertas untuk menghasilkan satu   kad untuk orang yang disayangi.                                                                           
VII. Pelajar menghiaskan kad dengan lukisan kreatifnya dan meluahkan perasaan kasih sayangnya dengan menulis beberapa perkataan pada kad.
VIII. Pelajar menunjukkan hasil kerja mereka dengan perasaan  riang dan gembira.

Penutup Perancangan Pelajaran :

Guru membuat kesimpulan kognitif untuk mengukuhkan objektif pembelajaran :
Jika semua pemimpin negara mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupan seperti sayang-menyayangi , saling menghormati dan menghargai persahabatan antara satu sama lain, maka peperangan antara negara tidak akan berlaku. Kesimpulannya, kasih sayang sesama insan membawa kebahagiaan hidup kerana manusia dapat hidup aman damai dan tidak ada nyawa akan terkorban akibat peperangan.

========================================================== 

Aktiviti-aktiviti berpusatkan pelajar semasa proses P&P dijalankan :














AKTIVITI-AKTIVITI LAIN YANG DIJALANKAN DI DALAM KELAS DAN  DIANJURKAN OLEH PANITIA PENDIDIKAN MORAL

1. Guru menyediakan congkak untuk pelajar-pelajar bermain supaya pelajar dapat memahami kepentingan mengekalkan permainan tradisi sesuatu kaum agar tidak dilupakan oleh generasi akan datang.

 






2. Panitia Pendidikan Moral bergabung dengan Kelab Moral untuk mengadakan pameran keratan akhbar dan gambar-gambar berkaitan isu-isu sosial dan isu semasa dalam masyarakat kita. Isu-isu tersebut dikategorikan kepada 7 bidang pembelajaran mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Moral.









 





4. Panitia Pendidikan Moral menganjurkan pertandingan melukis poster bertemakan nilai-nilai moral pada Bulan Ilmu Kemanusiaan. Berikut merupakan hasil kerja pemenang-pemenang daripada menengah atas dan menengah rendah.